Isnin, 30 Jun 2008

Selamat Kembali Bersua

Assalamualaikum warahmatullah,
Pengunjung yang dirahmati ALLAh sekalian,
Sudah lama tidak mencoret dalam ruangan ini. Banyak berita dan peristiwa yang perlu dikongsi, akan tetapi perbatasan masa dan waktu menjadi salah satu punca cabaan utama yang perlu dihadapi.
InsyALLAH, dimasa akan datang, saya akan cuba untuk berkongsi dengan pengunjung tentang maklumat daripada PASTI di Bawah Bayu ini. Terima kasih kepada yang sudi berkunjung. Untuk pengetahuan semua, PASTI Sepanggar telah membuka satu lagi cawangannya iaitu di Taman Kingfisher, PASTI Ar-Rahman. Semoga dengan perkembangan baik pendidikan kanak2 Islam ini dapat menyuburkan lagi Islam di bumi Sabah yang subur ini,InsyALLAH.....amin....
Wallahualam,
AJK PASTI,

Rabu, 6 Februari 2008

PASTI An-Najah Berpindah

Pada 3 Februari 2008 yang lepas, satu gotong - royong telah di adakan untuk memindahkan PASTI An-Najah Tmn Kuala Mengatal. Gotong -royong hanya melibatkan proses mengecat dan memasukkan barang serba sedikit. Secara Rasminya PASTI akan berpindah mulai 11 Februari 2008 iaitu hari isnin.
Mengecat hadapan premis PASTI
Mudir sedang gigih mengecat
Halaman depan premis
Ruang dalaman PASTI

Text Widget