Khamis, 2 Oktober 2008

Salam Eidulfitrti 1429H

Assalamualaikum warahmatullah.

Segala puji bagi ALLAH tuhan yang mentadbir sekalian alam, selawat dan salam keatas junjungan mulia Nabi S.A.W. serta para sahabat baginda. AlhamduliLLAH, bersyukur kepada ALLAH kita sehingga ke hari ini masih lagi dapat menghirup udara segar di pagi eidulfitri ini. Yang paling penting nikmat itu digunakan adalah tidak lain untuk terus istiqomah beribadah kepada ALLAH.

Di kesempatan pagi hening eidulfitri ini, kami pihak pengurusan PASTI Kawasan Sepanggar yang terdiri daripada 4 buah PASTI Cawangan iaitu PASTI As-Solehin, Tmn. Putera Jaya, PASTI An-Najah Tmn. Kuala Menggatal, PASTI As-Syifa Tmn. Khidmat dan PASTI Ar-Rahman Tmn. Kingfisher ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam eidulfitri maaf zahir dan batin kepada semua ibu bapa pelajar PASTI Kawasan Sepanggar, Para penduduk sekitar PASTI Kawasan Sepanggar, semua pengunjung blog PASTI Kawasan Sepanggar serta semua yang pernah berkunjung ke PASTI Kawasan Sepanggar. Salah dan Silap sepanjang pentadbiran kami di sepanjang sesi persekolahan harap dapat di maafkan.

Dikesempatan ini juga kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang senantiasa menyokong dan mendokong institusi prasekolah islam ini dan semoga ALLAH membalasnya dengan ganjaran yang hebat di akhirat kelak, InsyALLAH. Harapan kami juga agar kita semua diberikan nikmat istiqomah daripada ALLAH untuk menaikkan Islam khasnya dalam bidang pendidikan ini.

Wallahualam,

SALAM LEBARAN EIDULFITRI MINAL AIDIN WALFAIZIN


Yang benar,
Pihak Pengurusan
PASTI Kawasan Sepanggar

Isnin, 30 Jun 2008

Selamat Kembali Bersua

Assalamualaikum warahmatullah,
Pengunjung yang dirahmati ALLAh sekalian,
Sudah lama tidak mencoret dalam ruangan ini. Banyak berita dan peristiwa yang perlu dikongsi, akan tetapi perbatasan masa dan waktu menjadi salah satu punca cabaan utama yang perlu dihadapi.
InsyALLAH, dimasa akan datang, saya akan cuba untuk berkongsi dengan pengunjung tentang maklumat daripada PASTI di Bawah Bayu ini. Terima kasih kepada yang sudi berkunjung. Untuk pengetahuan semua, PASTI Sepanggar telah membuka satu lagi cawangannya iaitu di Taman Kingfisher, PASTI Ar-Rahman. Semoga dengan perkembangan baik pendidikan kanak2 Islam ini dapat menyuburkan lagi Islam di bumi Sabah yang subur ini,InsyALLAH.....amin....
Wallahualam,
AJK PASTI,

Text Widget